Thursday 23 June 2011

Kenangan Haji

Alhamdulilah segala pujian hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam.

Musim Haji 1431H meninggalkan seribu kenangan buat kami berdua dan rakan-rakan yang menyertai Dasree Travel & Tours Sdn . Bhd. Allah telah memperkenankan doa kami agar terpilh menjadi tetamunya pada musim haji pada kali ini. Walaupun terdapat beberapa halangan pada awalnya, akhirnya kami berjaya menyertai hampir 5 juta jemaah haji yang berada di Mekah. Kami membawa sekali Mak Ngah kerana abang merupakan mahram kepada Mak Ngah.  Selepas kami balik dari umrah tahun lepas, Mak Ngah menyatakan keinginan untuk mengerjakan haji bersama-sama kami memandangkan keadaan Pak Ngah yang tidak mengizinkan untuk pergi ke tanah suci untuk menunaikan haji.

Kami berangkat meninggalkan keluarga dengan berbagai-bagai perasaan, gembira, sedih, terharu dan entah apa-apa lagi perasaan yang sukar digambarkan. Meninggalkan anak-anak yang kecil seramai enam orang dibawah jagaan pembantu rumah dan orang tua kerana ke tanah suci bukanlah kali pertama buat kami. Namun, perasaan sedih dan gembira kerana terpilih menjadi tetamuNya pada tahun ini mengatasi segala-galanya. Semuanya bersatu dan sesekali air mata tumpah juga terutamanya apabila Abang Man mula melaungkan azan sebelum kami bergerak menuju ke KLIA. Pada pagi Ahad itu, hujan renyai-renyai mengiringi perjalanan kami. Perasaan sedih meninggalkan anak-anak mula terasa selepas menunaikan solat sunat musafir bersama abang..umi tahu abah pun sedih juga..umi dah tak sanggup menatap muka anak-anak yang bakal ditinggalkan.. agaknya begitulah rasanya apabila jenazah kita mula diusung dan kita akan meninggalkan keluarga buat selama-lamanya..aku pasrah! Ini semua ketentuan Tuhan Yang Maha Esa. Perjalanan ini adalah untuk menyahut seruan Tuhan dan melengkapkan rukun Islam Yang ke 5.

Alhamdulilah, perjalanan menuju ke KLIA dipermudahkan Allah. Kami tidak perlu pergi ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya kerana kami mengikuti pakej swasta. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui betapa berdebarnya dada kami menunggu Kedutaan Arab Saudi mengeluarkan visa buat kesemua jemaah yang akan dibawa oleh Dasree Travel Sdn. Bhd yang berjumlah 63 orang!...

Kemahiran komunikasi

Kemahiran komunikasi merupakan salah satu kemahiran insaniah (soft skills) atau kemahiran generik yang merupakan kemahiran umum, kualiti, kebolehan dan trait yang harus dikuasai oleh seseorang untuk berjaya dalam pelajaran dan kerjaya. Kemahiran ini membolehkan seeorang berfungsi dan memberi sumbangan secara efektif dalam menyelesaikan masalah, berkomunikasi, berfikir secara kreatif dan kritis serta bertindak sebagai ahli kerja berkumpulan yang berkesan. Kemahiran-kemahiran ini jika dapat dikuasai boleh digunakan dalam kehidupan sosial, akademik dan profesional seseorang.

Kepentingan komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi sewajarnya dikuasai oleh semua lapisan manusia. Sebagai manusia, kita tidak boleh untuk tidak berkomunikasi. Malah sebenarnya kita sedang berkomunikasi walaupun kita sedang berdiam diri. Narimah Ismail dan Saodah Wok (2002), menegaskan bahawa komunikasi yang sejahtera menjamin kemesraan dan kejayaan dalam hubungan sesama manusia. Dalam konteks ini, sebenarnya komunikasi itu sendiri mempunyai beberapa peranan yang harus difahami. Manusia berkomunikasi kerana beberapa sebab utama, contohnya untuk menjalinkan hubungan, untuk memberi rangsangan, untuk memenuhi keperluan peribadi dan sosial serta untuk tujuan perkongsian. Mereka yang berjaya berkomunikasi dengan berkesan akan mudah mencapai matlamat yang dihajati. Justeru, segala idea, buah fikiran dan maklumat dapat disampaikan dengan sempurna. Menjadi pendengar yang baik juga perlu dan merupakan salah satu elemen kemahiran berkomunikasi. Petah bercakap tidak bermakna komunikasi telah berjaya, sebaliknya kepetahan mestilah disertai dengan ketulusan. Kemahiran komunikasi memecahkan benteng yang menghalang kejayaan aktiviti komunikasi.

Kehalusan budi bahasa yang terpancar dalam kata-kata dan tindakan seharusnya dititik beratkan untuk menjamin komunikasi berkesan. Santun bahasa yang menyerlahkan peribadi diri mampu menghindarkan konflik dalam hubungan sesama rakan sekerja, keluarga dan sebagainya. Justeru seseorang yang hebat akan menggunakan laras bahasa yang teratur, penuh dengan sopan santun. Sebaliknya berbeza dengan seseorang yang gagal, kerap kali menggunakan bahasa yang kasar.

Oleh itu sebagai penjawat awam, seharusnya tujuan ini dihadam dan diaplikasikan dalam komunikasi harian kita. Sama ada komunikasi itu berlangsung sesama rakan sekerja, ketua jabatan-warga jabatan, pelajar-pensyarah dan sebagainya. Kita harus memahami bahawa ilmu komunikasi adalah ilmu kemasyarakatan yang secara sistematik mempelajari segala sudut hubungan antara manusia. Justeru itu, kita harus mengakui bahawa komunikasi merupakan tulang belakang dalam hubungan sesama manusia. Kita berkomunikasi bagi menyuburkan persaudaraan bukan untuk menyemarakkan perpecahan. Namun begitu, realitinya masih banyak berlaku salah tanggap dalam komunikasi. Kita masih samar kenapa kita berkomunikasi dengan diri sendiri? Kenapa kita berkomunikasi dengan Tuhan? Malah kenapa kita berkomunikasi dengan alam?. Oleh itu fahamilah peranan komunikasi.
Dalam kehidupan seharian, kita hendaklah mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi yang meliputi kemahiran mendengar, bercakap, membaca dan menulis. Ini kerana komunikasi adalah satu proses yang dinamik (Kelly, Lederman and Phillips, 1989). Abrams (1986), misalnya meringkaskan aktiviti komunikasi seperti berikut; 45 peratus mendengar, 30 peratus bercakap, 16 peratus membaca dan 9 peratus menulis. ? Sebagai contoh, setiap individu mempunyai dua telinga, dua mata dan satu lidah, ini menggambarkan sepatutnya aktiviti mendengar dan melihat melebihi aktiviti bercakap.
 Sebagai penjawat awam yang berdedikasi serta bertanggungjawab kita wajar melakukan anjakan paradigma dalam berkomunikasi. Malah, menurut Sharina Samsudin (2005), komunikasi sentiasa boleh diperbaiki melalui pembelajaran dan pengamalan. Komunikasi yang berkesan pastinya akan meningkatkan kualiti hubungan sesama rakan sekerja, kepercayaan dapat dibina, malah benteng komunikasi mampu dikurangkan. Justeru itu, marilah kita memahami perbezaan yang ada, agar perbezaan itu tidak menjadi faktor penghalang komunikasi. Kita juga mesti membuang sikap prejudis dalam perhubungan interpersonal.  Tambahan pula sejak kecil kita telah diajar agar sentiasa mengamalkan sikap hormat menghormati. Kita adalah pemegang amanah negara, bangsa dan agama.

Dalam kita menjalankan tugas harian , pastinya kita akan bersemuka dengan rakan setugas yang lain. Sebagai pensyarah kita akan bersemuka dengan para mahasiswa, sebagai pegawai pentadbiran kita akan bersemuka dengan mereka yang memerlukan khidmat kita. Namun begitu pernahkah kita terfikir bagaimana kita menggunakan bahasa, ketika kita bercakap?. Adakah bahasa kita bersesuaian dengan konteks komunikasi?. Kadangkala tanpa kita sedari bahasa yang kita guna menyebabkan orang lain terluka hati. Harus kita sedari sebagai seorang individu yang hebat, bahasa yang kita guna juga sewajarnya hebat. Teratur, mesra dan sopan. Ini akan menyerlahkan lagi keperibadian dan kejelitaan sosial kita (Awang Sariyan, 2007). Jauhi bahasa yang kasar ketika berkomunikasi. Sebagai pensyarah marilah kita fahami konsep “mesra pelajar” yang diamalkan. Malah “mesra kakitangan” juga jangan dilupa. Sifat tercela seperti khianat, bohong, sombong, fitnah dan umpat hendaklah dihindari (H. Yunahar Ilyas, 2001). Namun begitu realitinya, kepincangan komunikasi terus dan masih berlaku (Johari Haji Alias, 2003).
             
Justeru , sebagai penjawat awam yang beretika, kita harus berkomunikasi dengan tatacara yang betul. Hal ini, wajar diambil kira kerana komunikasi melibatkan fikiran, perasaan dan anggota tubuh manusia (Asdi S. Dipodjojo, 1982). Oleh itu, penggunaan perkataan yang sesuai amat penting (Wells, 1992). Jangan anggap komunikasi adalah proses yang mudah seperti semudah bernafas. Sebagai kakitangan yang berdedikasi kita tonjolkan santun bahasa yang lunak. Agar apa yang dikata dapat diterima dengan hati yang terbuka.

Kesimpulan
Kemahiran komunikasi adalah senjata yang penting untuk kita mendapat kecemerlangan dalam hidup. Ia akan membantu kita untuk menjadi hamba yang hebat, suami, isteri, ibu, bapa, pensyarah dan pentadbir yang cemerlang. Justeru itu, bergaullah dengan santun bahasa yang lunak. Sebab bahasa yang baik menggambarkan peribadi diri. Keupayaan melahirkan penjawat awam yang sentiasa berkomunikasi dengan penuh sopan dan tertib bakal melahirkan para mahasiswa yang tahu erti harga diri. Justeru itu marilah kita mulakan dengan diri sendiri. 

Rujukan

Abrams, K.S. (1986). Communication at Work: Listening, Speaking, Writing and Reading. Englewoods Cliffs. New Jersey: Prentice-Hall Inc.

Asdi S. Dipodjojo (1982). Komunikasi Lisan. Yogyakarta: Penerbit dan Percetakan Lukman.
Awang Sariyan (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

H. Yunahar Ilyas (2001). Kuliah Akhlaq. c. 4. Yogyakarta: Lembaga Pengkajian dan Pengamatan Islam (LPPI).

Johari Haji Alias (2003). Mengawal Tutur Kata. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kelly, L., Lederman, L. C., and Phillips, G. M. (1989). Communicating in The Workplace: A Guide to Business and Professional Speaking. New York: Harper & Row, Publishers, Inc.

Narimah Ismail dan Saodah Wok (2002). Komunikasi Organisasi. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ruben, B. D., and Stewart, L. P. (2006). Communication and Human Behavior. Boston: Pearson Education, Inc.

Sharina Samsudin (2005). Asas Komunikasi Untuk Pengurus. Dalam Mohd Baharudin Othman dan Mohd Taib Ariffin (ed.). Komunikasi Kepengurusan. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Wells, G. (1992). Everyone’s Business on effective communication. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.


Lambaian Haji

Pengalaman menunaikan haji pada November 2010 dan menunaikan umrah buat pertama kali pada November 2009 merupakan pengalaman paling berharga dalam hidup kerana berpeluang menjadi tetamu Allah. Keinginan untuk menunaikan haji mula berputik sekitar tahun 2007 apabila Ustazah Sopiah mengajak saya dan suami mengerjakan haji pada tahun tersebut menerusi agensi pakej haji swasta semasa kami menziarahi beliau sempena Hari Raya Aidilfitri. Ustazah Sopiah dan suaminya Ustaz Munjir sering membawa jemaah haji dan umrah di kawasan  sekitar Tanjung Karang dan kawasan-kawasan berhampiran hampir setiap tahun.
Bermula detik tersebut, keinginan kami untuk menjejakkan kaki di bumi Mekah mula berputik. Namun disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan akhirnya hasrat untuk menjadi tetamu Allah akhirnya tertunai pada musim haji 1431.  Pengalaman menunaikan umrah pada 2009 juga merupakan rentetan kegagalan mendapatkan visa untuk menunaikan haji pada tahun tersebut. Kesedihan mendapatkan visa mendorong kami untuk menunaikan umrah dalam masa yang terdekat. Tarikan untuk ke Tanah Suci sangat mencengkam. Lambaian Kaabah sentiasa di mata kami sehingga kami selalu bermimpi berada di Mekah walaupun sebenarnya kami tidak pernah pun menjejakkan kaki di bumi Mekah atau Madinah. Desakan untuk menjadi tetamu Allah pada masa itu sangat menghimpit perasaan kami. Namun kami redha dengan segala ketentuanNya. Kami pasti tentu ada hikmah disebalik ketentuan ini. Alhamdulillah ,berkat kesungguhan kami berdoa supaya Allah menjemput kami pada musim haji  yang akan datang akhirnya telah dimakbulkan.

Bicara Kewartawanan: Peranan Media Massa Dalam Menterjemahkan Syiar Islam


Kebangkitan ‘islamophobia’ oleh media massa  di negara-negara Barat melambangkan kegusaran dan ketakutan musuh –musuh islam terhadap pengaruh dan keagungan Islam pada satu ketika dulu.Sejarah telah merakamkan bahawa telah wujud sekian lama permusuhan di antara Islam dan Zionis. Islam dilihat sebagai satu ancaman  dan satu kuasa yang boleh menggugat kehebatan dan kegemilangan golongan Zionis. Justeru, pihak Zionis telah merancang beberapa strategi terhadap negara-negara Islam yang bertujuan untuk melumpuhkan kekuatan dan pegangan orang-orang Islam terhadap agama mereka. Di antara perancangan jahat pihak Barat dan puak Zionis ialah melalui program-program hiburan  menerusi media massa. Kumpulan sasaran program-program hiburan yang melampau ini yang dikenali sebagai budaya hedonism adalah golongan muda negara-negara islam yang mudah terpengaruh dengan budaya-budaya barat.  Antara strategi jahat mereka ialah dengan merosakkan anak-anak muda Islam dengan menggalakan hiburan yang melampau dan melalaikan, menyemaikan pemikiran dan gaya hidup yang bertentangan dengan Islam seperti gaya hidup bebas dan berseronok-seronok, membawa fahaman atau ideologi yang bertentangan dengan Islam ke dalam pemerintahan negara.


Kesedaran mengenai perancangan jahat barat terhadap umat Islam telah direalisasikan menerusi penganjuran Bicara Kewartawanan yang membincangkan tajuk mengenai Peranan Media dalam Menterjemahkan Syiar Islam sempena Minggu Aspirasi Komunikasi Islam 2 (MAKSIS 2) yang dianjurkan oleh Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM, Melaka pada 22-24 Februari 2011. Beberapa ahli panel yang hebat dan tersohor serta mempunyai kepakaran dan pengalaman yang meluas mengenai industri media di Malaysia telah dijemput untuk mengupas isu peranan media Malaysia dalam menangkis propaganda media barat yang memperlekah dan mempersendakan islam. Ahli-ahli panel terdiri daripada tuan Haji Mat Radzi bin Mat Ali, Pengarah Inovasi dan Ketamadunan JAKIM, Encik Zulkifle Salleh, Timbalan  Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita Am) BERNAMA, Al-Fadhil Ustaz Mohd Nasir bin Amir, Timbalan Ketua Eksekutif Kolej Pengajian Islam Johor. Bual bicara kewartawanan ini dikendalikan  oleh Encik Khaidir bin Abd Majid, Pengarang Luar Negara Berita Harian selaku moderator forum.

CIRI-CIRI WARTWAWAN ISLAM
Bicara kewartawanan yang dianjurkan sempena Minggu Aspirasi Komunikasi Islam 2 (MAKSIS 2) dihadiri oleh pelajar-pelajar Diploma Komunikasi dan Pengajian Media semester 3 bagi memenuhi keperluan kursus JRN 211 (Journalism). Para pelajar program Komunikasi merupakan golongan pelapis pengamal-pengamal media pada hari ini. Al-Fadhil Ustaz Mohd Nasir mengingatkan hadirin mengenai nilai-nilai yang menjadi pegangan seorang wartawan mestilah berlandaskan nilai-nilai yang telah disyariatkan oleh islam dalam penyebaran berita. Sekiranya para wartawan berjaya menghayati nilai-nilai islam dalam penyebaran berita, ini bermakna media telah dijadikan sebagai satu instrumen untuk berdakwah. Al-Fadhil Ustaz menegaskan peranan media tidak akan berubah sekiranya para pengamal media sendiri tidak berubah. Islam merupakan pegangan hidup manusia yang lengkap yang terkandung dalam ajaran al-Quran dan Sunnah. Media massa yang dijadikan sebagai agen untuk mengubah manusia mestilah berpandukan kepada syariat islam agar hasrat untut berdakwah melalui media dapat dilaksanakan.Dalam hal ini Allahj SWT telah berfirman di dalam Al-Quran mengenai kewajiapan untuk berdakwah iaitu;

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Al-Nahl 16: 125-126)

Dalam ayat ini juga para pendakwah (pemberita) diseru agar memiliki sifat ‘hikmah” semasa menjalankan tugas (berdakwah). Berdakwah merupakan satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap manusia dengan menggunakan apa sahaja kaedah atau pendekatan yang sesuai. Namun cabaran yang paling besar yang berlaku dikalangan umat islam sendiri apabila mereka masih jahil dan tidak memahami tipu daya media barat yang berterusan memburuk-burukkan imej islam.

PERANAN JAKIM DALAM MENTERJEMAH MEDIA ISLAM

Hasrat untuk mewujudkan media islam di Malaysia dimantapkan dengan adanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang berperanan menyediakan program-program  untuk siaran televisyen dan radio. Menurut  Tuan Haji Mat Radzi bin Mat Ali, beliau menerangkan bagaimana JAKIM membantu media untuk menyebarkan dakwah di Malaysia. Perkara yang paling penting untuk menyebarkan dakwah menerusi media ialah mengenai  isi kandungan media (media content). Penonton juga mempunyai peranan sebagai  penapis kandungan media yang disiarkan. Sebagai penonton islam, penapis diri yang paling utama ialah tahap keimanan seseorang yang meliputi elemen-elemen iman, ikrar dan amal.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertanggungjawab menerbitkan program-program bercorak keislaman untuk siaran radio dan televisyen Malaysia. Sebagai contoh untuk siaran televisyen selama seminggu sebanyak 20 jam diperuntukkan untuk program-program terbitan JAKIM. Manakala untuk siaran radio pula sebanyak  113 jam untuk siaran radio Salam FM, Klasik nNsional, i-FM, radio Tamil dan Asyik FM.
JAKIM juga bertanggungjawab dalam perancangan dan penerbitan TV al-Hijrah, sebuah rangkaian saluran televisyen yang berkonsepkan tv islam, di samping mengadakaan seminar dan  bengkel kepada karyawan islam yang akan menerbitkan program-program yang bercorak patuh syariah. JAKIM juga menyediakan garispanduan penerbitan kepada penerbit-penerbit media tempatan.

CABARAN-CABARAN JAKIM DALAM PELAKSANAAN MEDIA ISLAM

Dalam bual bicara ini juga,Tuan Haji Mat Radzi bin Mat Ali mengupas beberapa persolan yang berkaitan cabaran atau halangan JAKIM dalam perlaksanaan media islam. Di antaranya ialah;
1.       Pertembungan budaya  di antara Islam dan Barat. Masyarakat Islam di Malaysia pada hari ini menghadapi ancaman daripada Barat dengan lambakan budaya hedonism di kalangan golongan muda. Budaya yang diterapkan oleh media Barat mengajak golongan muda supaya menikmati kehidupan ini dengan keseronokan dan hiburan semata-mata. Pegangan agama semakin terhakis dan Islam tidak dijadikan sebagai satu cara hidup.
2.       Kesan arus globalisasi,modernisasi dan westernization. Kecanggihan alat teknologi dan komunikasi yang dicipta untk membantu dan memudahkan kehidupan manusia telah disalahgunakan untuk tujuan-tujuan yang tidak berfaedah. Kandungan media massa sarat dengan program-program hiburan yang akhirnya akan merosakkan dan melalaikan penonton.
3.       Tayangan yang menyalahi garispanduan JAKIM dan Kementerian Dalam Negeri.
4.       Waktu siaran yang kurang sesuai.

PERANAN BERNAMA DALAM MENYEBARKAN DAKWAH

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) sebagai sebuah agensi berita tempatan sangat optimis dan proaktif tentang peranan media sebagai instrumen dakwah terutamanya dalam memberikan penerangan kepada golongan bukan Islam di Malaysia. BERNAMA sebagai sebuah organisasi media sememangnya mengamalkan dan menerapkan nilai-nilai yang berteraskan syariat di kalangan ahli-ahlinya. Menurut Encik Zulkifle Salleh, seorang wartawan yang mempunyai pengalaman yang luas dalam industri media menjelaskan dalam perbincangan ini bahawa proses komunikasi  di antara manusia dan Allah bermula seawal kewujudan Nabi Adam di muka bumi ini. Dunia merupakan perantara di antara hubungan Allah swt dan manusia.  Setiap manusia mempunyai tanggungjawab untuk menyebarkan dakwah. Tugas ini juga meliputi para wartawan atau pengamal media yang bertanggungjawab melaksanakan transformasi kepada umat islam menjadi “ummatan wasatan”.  Namun realitinya, peranan media sudah jauh berubah disebabkan wujudnya persaingan dalam media baru.  Para pengamal media berhadapan dengan konflik dan dilema dalam menegakkan kebenaran dalam berita. 

Encik Zulkifle menjelaskan di antara faktor-faktor yang menyebabkan media tempatan kurang berperanan dalam mengubah pemikiran dan ketahanan orang-orang islam adalah disebabkan orang-islam sendiri yang tidak mendapat ‘world view’ yang tepat berkaitan Islam menerusi media. Pengamal media di BERNAMA menggalas satu tanggungjawab yang besar untuk menyebarkan dakwah. Malah, sebenarnya mereka merupakan golongan yang mulia kerana pekerjaan mereka berkait rapat untuk mengubah dana mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan.Hal ini bertepatan dengan motto BERNAMA iaitu cepat, tepat dan benar. Kesungguhan dan komitmen BERNAMA dalam mendukung peranan media dalam konteks dakwah secara tidak langssung telah mengangkat Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang diseganai dan dihormati oleh pemimpin-pemimpin antarabangsa. 

RUMUSAN

Bual bicara kewartawanan ini berjaya membincangkan isu peranan media dalam menterjemahkan syariat Islam dengan kupasan yang menarik, padat dan bertenaga. Perbincangan menerusi forum ini diharapkan dapat mengetuk minda bakal pengamal media akan datang agar mereka lebih prihatin dan peka tentang tanggungjawab mereka terhadap masyarakat, bangsa, agama dan negara.

Hajj Article

Vertical and Horizontal Communication – A Retrospective Outlook at the Rituals during the Hajj Pilgrimage


Introduction
The concept of vertical and horizontal communication denotes the relationship between an individual and the Creator (hablumin-Allah) as well as the communication with the rest human beings (hablumin-Al-Nas) which reflect the intrapersonal and interpersonal interaction within or between human beings. The Hajj pilgrimage to Makkah is an example of how pilgrims could uplift the vertical and horizontal communication to ensure a successful spiritual journey. Hajj is the fifth pillar of Islam; a religious duty that must be carried out by able Muslims at least once in their entire lifetime.
The virtues of Hajj demonstrate the solidarity of the Muslim ummah and their submission to Allah the Al-Mighty. The pilgrimage enable Muslims from all over the world; of different colors, languages, races and ethnicities; to come together in a spirit of universal brotherhood and sisterhood to worship the One God together. In short, Hajj unites Muslims around the world in Makkah, which is also considered as the centre of the Earth.
The vertical dimensions of communication
Hajj is an event of the assembly of Muslims in Makkah every year during the Islamic month of Zulhijjah, responding to the call of the Almighty to do so and being physically and spiritually present at the Masjidil Haram, the House of Allah. Thus, Hajj pilgrims are also affectionately called upon as His guests in the Holy Land. 

Abu Hurairah narrated from Prophet Muhammad (peace be upon him) as saying: “Do not undertake a journey (for religious purposes) except to three mosques: the Masjid al-Haram (in Makkah), the mosque of mine and the Masjid al- Aqsa (in Jerusalem). The abundance of mercy offered to the pilgrims is the fundamental reason of performing Hajj despite its many hardships and challenges throughout the entire journey.

   The vertical communication aspects of Hajj for the pilgrims begin once they utter the intentions (niyat) and cry out the response to Allah’s call known as “Labbaikallah” (“O my Lord, here I am at Your service.) Then, the circumambulation of Ka’aba seven times (tawaf), hurring seven times between the two hills Safa and Marwa (Sa’i), halting in Arafah, Muzdalifah and Mina for the symbolic stoning of the devils.

According to Kamar Oniah (2009), the rituals of Hajj in Islam incorporate the elements of both intra-personal and interpersonal communication. When performing the rituals, the pilgrims strengthen their relationship with Allah their Creator as well as with their fellow beings. In fact, the growth in God consciousness among the pilgrims exists even before they start their journey to Makkah which indicates the upliftment of vertical communication towards God, The Creator. Abul A’la Mawdudi (2008:232) said:

“As soon as the intending pilgrim makes up his mind to perform Hajj, fear of Allah SWT, piety, repentance, seeking forgiveness from Allah SWT, and desire to do good begin to blossom within him. As he starts saying goodbye to his relatives, friends and associates and settles all of his pending affairs, everyone can notice that he is no longer the same man as before: his heart is now pure and clean because of the newly-kindled spark of Allah SWT”.

Muslims see the rites of Hajj as the opportunity to seek forgiveness for their sins throughout their life. It is narrated that the rewards of performing prayer (salat) in Masjid al-Haram in Makkah is equivalent to 100,000 salats in other mosques while prayers in Masjid-al-Nabawi are equivalent to a thousand.

Being at the Holy Site in Makkah is indeed a blessed privilege.  Every time the pilgrims reach the Ka’aba, they honor this blessing by remembering Allah at every step of the way.  The only sound that one could hear is the cry that comes from the hearts and souls of the pilgrims - “Labaik allahumma labaik labaikallah sharika lakalla baik, innal hamda ,wanneeamata ,laka wal mulk  la sharikalah” (“O my Lord, here I am at Your service. Here I am. There is no partner with You,here I am.Truly the praise, and the provisions are Yours, and so is the dominion and sovereignty”.)  Pilgrims recite their prayers and supplications during pilgrimage mostly to beseech Allah for His Forgiveness for all the sins and wrong doings that he or she committed in the past and present, hoping for a good life in the future and in the Hereafter. Allah said in the Qur’an:
“When My (Allah) servants (mankind) ask you concerning Me, I am indeed close (to them): I listen to the prayer of every worshipper when he called on Me; let them also with a will, listen to my call, and believe in Me; that they may walk in the right way” (Al-Qur’an 2:186).

The intense vertical communication of the pilgrims can be seen when everyone in a close relationship with the Creator. The pilgrims would grasp every opportune moment in Makkah to devote for the submission of Allah. They would recite Al-Qur’an, perform additional prayers, tawaf, sa’i, and make supplications.  At the vast desert grounds of Arafah, during the ritual of Wukuf, they seek forgiveness from their Creator with tears of regret for past sins, simultaneously beseeching for the purification of the soul. Despite the millions of pilgrims, each one seems to have a very special and close relationship with God as stated by Kamar Oniah (2009):

“Although there are millions of pilgrims around him, he feels very much on his own, focusing only on his very personalized communication with the Divine in His Infinite Attentiveness, and reaching out to His Infinite Love and Mercy, being in a state of peace, tranquility and inner silence, journeying far into his inner being, with spirituality and enlightenment glowing deep within him”.

Upon the completion of Hajj, pilgrims believe their hardships and adversities are rewarded with the purification of sins and souls. Prophet Muhammad (pbuh) had said “Whosoever perform Hajj solely for the sake of Allah and, in the course of it, abstain from sensuality and disobedience, he returns from there as immaculate as a newborn child.” (Bukhari, Muslim). In short, the Hajj pilgrimage -from deciding and preparing for Hajj to returning home - has a tremendous impact on the hearts and minds of the pilgrims. The entire process entails sacrifice of time, money, comfort, worldly matters and pleasures for the sake of Allah SWT with no selfish motive (Abul A’la Mawdudi :2008).

The horizontal dimension of communication

Hajj is the most suitable platform for Muslims from all corners of the world to get to know each other as stated in the Qur’an: “O mankind, verily We created you from a single (pair) of male and female, and made you into nations and tribes, so that you may know each other,(not that you may despise each other). Verily, the most honored of you in the sight of Allah is the most righteous of you”. (49:13)
The opportunity to interact with other Muslims during Hajj depicts the sense of brotherhood and unity before the Lord. The social network is being strengthened for the survival of Muslim ummah.  Abul A’la Mawdudi (2008) said:
“Whoever acknowledges the sovereignty of Allah SWT and accepts the leadership of Muhammad (pbuh) enters the brotherhood of Islam, no matter if he is American or African, Chinese or Indian. If one has become a Muslim, his rights are identical to those of the Makkah’s themselves”.

 The challenges of implementing vertical and horizontal communication
The rituals of Hajj are simple, but the biggest challenge pertains to the human behaviors which are contrary to the teachings of Islam. The annual gathering of the Muslims witnessed many ‘unIslamic’ manners in spite of the total submission to Allah SWT. Although Hajj is designed to fulfill the five pillars of the Muslims, there are several challenges to implement the vertical and horizontal communication.

Yet, the successful Hajj pilgrims endure many improper behaviors that could hurt the other pilgrims physically, psychologically, and emotionally. The pilgrims would experience physical hardship, psychological tortures, emotional and spiritual turmoil through various tests and trials by Allah SWT. These tests and trials would derive from other pilgrims as a result of different cultural backgrounds and misconception towards Hajj. In fact, there are several examples of wrongdoings or bad manners demonstrated by the pilgrims such as;

1.    Individualistic or selfish attitude
The vast opportunities for any rituals during hajj somehow invite improper manner among the pilgrims. Many of the pilgrims are rather ‘extreme’ and obsessed in their supplication to Allah especially in the Masjidil-al-Haram while performing prayer or circle seven times the Ka’aba to complete tawaf. The privilege spots for supplication such as Multazam, Hijr-Ismail, Kissing the Black Stone (Hajar-al-Aswad) and almost every part near to Ka’aba turn into a dangerous and unsafe location for the pilgrims especially during tawaf. Tawaf is a powerful way of communicating with God, but many of the time pilgrims would push, jostle and cut paths in their hurry to complete the process. Hence, performing tawaf without any physical disturbances by selfish individuals is almost impossible near the Ka’aba.   
 
2.    Inconsideration towards other pilgrims restrict some opportunities to fulfill the hajj pillars in peace and calmness
The unIslamic behaviors such as lack of respect, patience and tolerance during the Hajj season become obvious especially during waiting for turns to go to the washroom which is a great hassle especially in Arafah, Muzdalifah and Mina. Indeed, the limited number of toilets for the pilgrims that amount to almost 3 million people can cause many discomfort and trouble.  Thus, the minimal usage and lesser time spent in the toilet would allow others to comfortably ease themselves for ablutions and taking showers.

To conclude, Hajj is the best platform for the implementation of vertical and horizontal communication. Plus, the experience of Hajj will definitely transform the pilgrims’ perspectives in life. The hardships and challenges of Hajj bring forth spiritually-renewed Muslims whose faith and submission to the One Creator is ever more solid before their journey begins, thus making them the best of believers, Insya Allah.


References
1.    Abdul Azeem Badawi. 2007. The Concise Presentation of the Fiqh of the Sunnah and the Noble Book. International Islamic publishing House. Riyadh. Saudi Arabia.
2.    Abul A’la Mawdudi. 2008. Fundamental of Islam. Khutubah New Revised Edition.  Dar Al Wahi Publication. Kuala Lumpur.
3.    Kamar Oniah Kamaruzaman.2009. Understanding Islam: Contemporary Discourse, Saba Islamic Media :  Kuala Lumpur.
4.    Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi. 2004. Hadith and Mosque. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
5.    Muhammad Said Nursi.2004. Panduan Praktis dalam Pergaulan. Gema Insani Press. Jakarta.
6.    Waffie Mohammed.2008. Islamic Sociology A.S. Nordeen . Kuala Lumpur.