Showing posts with label Kisah Haji. Show all posts
Showing posts with label Kisah Haji. Show all posts

Thursday, 23 June 2011

Lambaian Haji

Pengalaman menunaikan haji pada November 2010 dan menunaikan umrah buat pertama kali pada November 2009 merupakan pengalaman paling berharga dalam hidup kerana berpeluang menjadi tetamu Allah. Keinginan untuk menunaikan haji mula berputik sekitar tahun 2007 apabila Ustazah Sopiah mengajak saya dan suami mengerjakan haji pada tahun tersebut menerusi agensi pakej haji swasta semasa kami menziarahi beliau sempena Hari Raya Aidilfitri. Ustazah Sopiah dan suaminya Ustaz Munjir sering membawa jemaah haji dan umrah di kawasan  sekitar Tanjung Karang dan kawasan-kawasan berhampiran hampir setiap tahun.
Bermula detik tersebut, keinginan kami untuk menjejakkan kaki di bumi Mekah mula berputik. Namun disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan akhirnya hasrat untuk menjadi tetamu Allah akhirnya tertunai pada musim haji 1431.  Pengalaman menunaikan umrah pada 2009 juga merupakan rentetan kegagalan mendapatkan visa untuk menunaikan haji pada tahun tersebut. Kesedihan mendapatkan visa mendorong kami untuk menunaikan umrah dalam masa yang terdekat. Tarikan untuk ke Tanah Suci sangat mencengkam. Lambaian Kaabah sentiasa di mata kami sehingga kami selalu bermimpi berada di Mekah walaupun sebenarnya kami tidak pernah pun menjejakkan kaki di bumi Mekah atau Madinah. Desakan untuk menjadi tetamu Allah pada masa itu sangat menghimpit perasaan kami. Namun kami redha dengan segala ketentuanNya. Kami pasti tentu ada hikmah disebalik ketentuan ini. Alhamdulillah ,berkat kesungguhan kami berdoa supaya Allah menjemput kami pada musim haji  yang akan datang akhirnya telah dimakbulkan.

Kembali Ke Mekah

Bilik hotel di Mekah selepas melontar. Selepas 6 hari bermusafir kerana mengerjakan hari (bermula dengan wukuf, bermalam di Muzdalifah dan menginap di Mina) kami membawa banyak pakaian kotor. Bila sampai dihotel masing-masing sibuk basuh baju sebab stok baju dah habis. Kami betul-betul letih dan ramai yang dah tumbang keletihan kerana dah banyak keluarkan tenaga selama berada di Mina untuk melontar. Mak Ngah pulak dah terbaring kerana demam. Kesian Mak Ngah. So, untuk ringankan beban Mak Ngah, umi tolong basuhkan baju-baju Mak Ngah yang sudah direndam di dalam bilik air. Kalau Mak Ngah tau, mesti Mak Ngah tak benarkan, sebab semua orang dalam keletihan.
Tawaf Ifadhah dan Saie haji. Menyempurnakan rukun haji ni benar-benar menguji kekuatan stamina. Kami tak boleh berjalan dengan cepat sebab membawa Mak Ngah sekali. Kami takut Mak Ngah hilang lagi. Jadi kami jalan pelan-pelan. Alhamdulillah akhirnya selesai juga.

Cari Anak Batu di Mina

Pengalaman memberi perkhidmatan kepada Tok Zainab (80 tahun) memakaikan pampers semasa di Mina. Pada masa ini, Kak Teh dan suaminya pergi ke Mekah untuk melakukan tawaf dan sa’ie mengikut Haji Wan. Oleh kerana keadaan di Mina dan Mekah terlalu sesak, jadi mereka tidak dapat balik semula ke Mina kerana tidak ada kenderaan. Jadi pada masa itu, kami –Anis, Fatihah membantu Tok bawa ke toilet dan lepas tu pakaikan pampers. Rasanya tak de orang lain yang dapat tolong Tok sebab kami semua duduk satu bilik masa di Mekah, jadi kami lebih bertanggungjawab untuk menguruskan makan minum dan kebersihan Tok.

Mencari anak batu untuk di buat melontar. Umi dan abah akan cari batu bersama2 di sekitar jalan dan bukit di Mina. Rupa-rupanya bukan senang nak cari anak batu ni…dah melalui pengalaman di Mina baru tahu penatnya nak mencari batu. Bukannya sedikit lebih kurang 70 anak batu untuk semua lontaran di jamrah. Umi dah janji dengan  Mak Ngah, umi akan carikan batu sekali untuk Mak Ngah. Mak Ngah tak payah risau nak cari batu kat mana. Lepas dapat batu, kami basuh batu tu sebab kotor dan mungkin ada najis. Lepas dapat batu barulah lega.

Kami buat Nafar Thani. Rasanya tak perlu nak terburu-buru nak balik ke Mekah. So kami stay sehari lagi di Mina untuk melontar pada hari yang terakhir. Kami pergi melontar selepas Subuh pada 11,12 dan 13 Zulhijjah. Rasa seronok sebab Alhamdulillah kesihatan dalam keadaan yang paling optimum. Dapat buat exercise berjalan kaki hampir 7km pergi dan balik dari khemah ke jamrah yang mengambil masa hampir 2 jam. Rasanya walaupun terpaksa berjalan jauh, keadaan perjalanan amenuju ke jamrah lebih senang berbanding buat tawaf dan saie. Kaki pun rasanya tak krem. Keadaan tandas di Mina masih sesak seperti di Arafah. Kena banyak bersabar dan bertimbang rasa terutama kepada jemaah warga emas yang selalu potong Q dan selalu nak masuk toilet cepat.

Doa mudahkan perjalanan

1.       Mendapat satu bacaan doa yang amat mustajab untuk mendapatkan laluan disepanjang perjalanan menuju ke jamrat. Doa ini ditulis oleh Abang Yahya diatas tisu dan diedarkan kepada kawan-kawan supaya membaca doa ini sepanjang kami berjalan menuju ke jamrah. Pada masa itu keadaan jalan menuju ke jamrah terlalu sesak sehingga kami berhenti beberapa kali sebab dah tak boleh bergerak. Macam tin sardin. Alhamdulillah ..selepas melewati jalan menghala ke terowong keadaan jalan lebih clear dan kami dapat melontar dengan tenang. Selama kami berada di Mina kami telah melontar 2 kali di tingkat 3 (naik eskelator) dan 2 kali di tingkat bawah. Doa yang kami dapat ini terus kami amalkan selepas balik haji terutamanya semasa mencari tempat untuk mendapatkan parking kereta. “Inna fatahna laka fatham mubina”.

Bermalam di Muzdalifah

Selepas 2 hari di Arafah, jemaah haji akan bergerak ke Muzdalifah dan akan berada di sana sehingga tengah malam. Umi ada terdengar orang berkata semasa menunggu bas untuk ke Muzdalifah, keadaan di Muzdalifah lebih mencabar daripada di Arafah. Jadi umi tak terbayang  apakah cabaran di Muzdalifah? Tandas ke? Beg hilang ke?  rasanya tak terbayang bagaimana keadaan di Muzdfalifah nanti. Sebelum naik bas umi akan pastikan umi, mak ngah dan abah berada dalam bas yang sama. Apa2 hal senang nak diuruskan kalau ada masalah nanti. Jemaah haji Dasree menaiki 2 buah bas menuju ke Muzdalifah.

Jarak di antara Arafah dan Muzdalifah tidak jauh sangat. Tetapi perjalanan memakan masa yang agak lama kerana semua jemah bergerak serentak dan menuju ke tempat yang sama. Kesibukan dijalan raya memang perkara biasa semasa haji. Sejurus tiba di Muzdalifah dan turun dari bas kami terus mengatur langkah mengikuti jejak wan Harun selaku ketua kami. Pada masa itu lautan manusia sudah membanjiri kawasaan lapang di Muzdalifah. Kami sukar bergerak kerana terpaksa mengaangkat beg, membawa bekalan makanan dan apa2 sahaja peralatan yang digunakan semasa berada di Arafah. Mata kami tidak lepas menjejaki di mana Wan Harun pergi kerana takut ditinggalkan dan akhirnya akan sesat. Akhirnya kami menemui sedikit ruang untuk meletakkan beg dan berehat seketika. Fikiran umi pada masa itu sentiasa risau kerana takut hilang. Di Muzdalifah tak de khemah. Semua jemaah duduk beralaskan tikar atau apa sahaja yang boleh digunakan sebagai alas. Umi sendiri gunakan selimut sebagai hamparan.

Kami nampak bumi Muzdalifaah dipenuhi jemaah haji macam semut mengerumuni gula. Semua berwarna putih. Suasana malam tu agak sejuk sebab kami berbumbungkan langit.  Semua jemaah hampir sama, dan susah nak cam ahli kumpulan kita sendiri, apatah lagi kami dari kumpulan Dasree tidak mempunyai apa2 tanda pengenalan seperti bendera, skaf, tanda nama dan sebagainya. Sepanjang berada di Muzdalifah umi tidak bergerak ke mana-mana, duduk berehat sehingga tertidur. Disebabkan keadaan yang terlalu ramai dan padat dengan jemaah haji, agak mustahil untuk kita merayau-merayau dan mencari anak batu.  Kak Hasmah, Fatihah dan Kak Idah terpaksa mengorek pasir untuk mencari anak batu untuk dibuat melontar di Mina.