Thursday 23 June 2011

Cari Anak Batu di Mina

Pengalaman memberi perkhidmatan kepada Tok Zainab (80 tahun) memakaikan pampers semasa di Mina. Pada masa ini, Kak Teh dan suaminya pergi ke Mekah untuk melakukan tawaf dan sa’ie mengikut Haji Wan. Oleh kerana keadaan di Mina dan Mekah terlalu sesak, jadi mereka tidak dapat balik semula ke Mina kerana tidak ada kenderaan. Jadi pada masa itu, kami –Anis, Fatihah membantu Tok bawa ke toilet dan lepas tu pakaikan pampers. Rasanya tak de orang lain yang dapat tolong Tok sebab kami semua duduk satu bilik masa di Mekah, jadi kami lebih bertanggungjawab untuk menguruskan makan minum dan kebersihan Tok.

Mencari anak batu untuk di buat melontar. Umi dan abah akan cari batu bersama2 di sekitar jalan dan bukit di Mina. Rupa-rupanya bukan senang nak cari anak batu ni…dah melalui pengalaman di Mina baru tahu penatnya nak mencari batu. Bukannya sedikit lebih kurang 70 anak batu untuk semua lontaran di jamrah. Umi dah janji dengan  Mak Ngah, umi akan carikan batu sekali untuk Mak Ngah. Mak Ngah tak payah risau nak cari batu kat mana. Lepas dapat batu, kami basuh batu tu sebab kotor dan mungkin ada najis. Lepas dapat batu barulah lega.

Kami buat Nafar Thani. Rasanya tak perlu nak terburu-buru nak balik ke Mekah. So kami stay sehari lagi di Mina untuk melontar pada hari yang terakhir. Kami pergi melontar selepas Subuh pada 11,12 dan 13 Zulhijjah. Rasa seronok sebab Alhamdulillah kesihatan dalam keadaan yang paling optimum. Dapat buat exercise berjalan kaki hampir 7km pergi dan balik dari khemah ke jamrah yang mengambil masa hampir 2 jam. Rasanya walaupun terpaksa berjalan jauh, keadaan perjalanan amenuju ke jamrah lebih senang berbanding buat tawaf dan saie. Kaki pun rasanya tak krem. Keadaan tandas di Mina masih sesak seperti di Arafah. Kena banyak bersabar dan bertimbang rasa terutama kepada jemaah warga emas yang selalu potong Q dan selalu nak masuk toilet cepat.

No comments:

Post a Comment