Thursday 23 June 2011

Tetamu Allah yang istimewa

Semua doa yang dipohon sebelum, semasa dan selepas haji dimakbulkan Allah terutamanya dari aspek kesihatan, kesabaran, dipermudahkan semua urusan sepanjang mengerjakan haji. Walaupun terdapat banyak tekanan, cabaran dan dugaan, semua itu umi dapat lalui dengan tenang. Kalau diberi peluang sekali lagi, memang umi akan cuba buat yang terbaik sebab dah ada pengalaman yang pertama. Yang paling penting kesihatan dan kesejahteraan diri.
Doa dan hajat umi untuk menziari rumah orang Arab dimakbulkan apabila berpeluang mengunjungi  rumah anak angkat Mak Su (Yaakub), rumah mak sedara Haji Wan dan saudara sepupu Kak Mas (Kak Faridah). Kami mendapat layanan kelas pertama. Memang seronok sebab dapat rasa makan nasi unta, nasi kibas dan tengok interior design rumah mewah Kak Faridah. Kami dijemput sendiri oleh Kak Faridah dengan pemandunya dari hotel di Mekah.

No comments:

Post a Comment