Tuesday 21 June 2011

Ilmu

Alhamdulillah..segala pujian hanya untuk Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa atas setiap makhluknya..

Mengemudikan kehidupan tanpa ilmu ibarat sebuah kapal yang belayar dilautan tanpa seorang nakhoda. Perjalanan menjadi semakin sukar apabila kita menempuh pelbagi ujian dan dugaan tanpa disangka-sangka. Justeru ilmu sangat penting dalam kehidupan kita. Dalam sebuah hadis ada menyatakan sekiranya kita ingin berjaya didunia kita perlu mempunyai ilmu, dan sekiranya kita ingin berjaya di akhirat, kita perlu mempunyai ilmu. Dengan ilmu, minda,hati dan akal kita semakin terbuka dan kita akan memahami erti sebuah kehidupan yang dipinjamkan kepada kita. Jadilah kita hambanya yang sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah diberikan kepada kita.

No comments:

Post a Comment