Thursday 23 June 2011

Tawaf wada’

Kami buat selepas solat subuh. Massyaallah..t.erlalu ramai manusia yang membanjiri Dataran Kaabah. Tawaf yang terakhir ni agak mencabar sedikit dan rasanya inilah pengalaman tawaf yang paling susah dan lama. Umi bawa Mak Ngah danAdik Fatihah sekali sebab Kak Hasmah tak boleh sembahyang. Pusingan yang terakhir sebelum keluar dari Dataran Kaabah memang sukar dan kami hampir2 terpisah. Mujur Fatihah menjerit panggil umi dan umi tunggu Fatihah keluar dari sekumpulan jemaah yang berpusu-pusu dan berasak-asak mengelilingi Kaabah melakukan tawaf. Umi solat sunat di tingkat atas sikit dan dapat menghayati kesedihan meninggalkan Masjidil Haram. Semoga Allah menjemput Umi lagi pada masa akan datang dan menjadi tetamunya yang istimewa.

No comments:

Post a Comment