Thursday 23 June 2011

Dugaan tatacara haji

Tempat yang menarik dan umi suka semasa bersolat di masjidil haram ialah berada di tingkat atas sekali. Nampak Kaabah dengan jelas dan tak perlu berebut-rebut kalau nak dibandingkan kalau duduk di tingkat bawah. Dari tingkat atas kita boleh tengok jemaah haji berjalan mengelilingi Kaabah. Suasana yang terlalu padat dan penuh sesak sehingga membentuk lautan manusia. Masyaallah. Hampir setiap orang terlalu taksub untuk beribadah sehingga di kawasan berhampiran Multazam, Hijir Ismail dan Makam Ibrahim tidak ada peluang untuk kita menghampirinya. Semasa mengerjakan umrah di luar musim haji, peluang kita untuk berdoa dan solat di tempat-tempat yang mustajab tu..memang tak de masalah. Nak cium Hajar Aswad pun boleh buat bila-bila masa je..
Perkara yang tidak dijangka boleh terjadi di Mekah apabila terdapat banyak perbezaan pendapat tentang cara –cara mengerjakan haji. Umi sendiri kadang-kadang confuse walaupun dah belajar tatacara (manasik haji) haji semasa menghadiri kurssus, baca buku dan sebagainya. Namun umi perpegang teguh dengan keyakinan diri tentang ilmu haji yang dah kita pelajari secara langsung daripada Ustaz Munjir. Kak Hasmah sendiri sering berhubung dengan penasihat Agama RTM Kedah untuk bertanya sekiranya kami menghadapi kemusykilan tentang manasik haji. Bukan apa, kami tak mahu haji yang kami buat jadi sia-sia disebabkan kejahilan kami sendiri. Pengorbanan yang telah kami lalui dan tempuhi bukannya sedikit. Wang ringgit yang dibelanjakan mencecah berpuluh-puluh ribu semata-mata untuk mendapatkan haji yang mabrur!

No comments:

Post a Comment