Thursday 23 June 2011

Wukuf Di Arafah

Wukuf di Padang Arafah. Kenangan semasa berada di Arafah sementara menunggu wukuf merupakan pengalaman yang paling berharga dalam hidup umi. Pengalaman disana tidak akan diperolehi melainkan menunaikan haji. Sesungguhnya cabaran haji bermula diwukuf yang menguji tahap keimananan, kesabaran, ketabahan, toleransi sesama manusia. Sebagai contoh semasa menunggu giliran di tandas. Kalau tak de kesabaran memang semua orang akan naik angin dengan kerenah jemaah haji yang mementingkan diri sendiri. Tetapi apabila kita ingat tujuan kita adalah untuk melakukan ibadah dan sedang menunaikan haji, maka ketegangan perasaan tu dapat dikurangkan. Perkara yang mungkin   umi tak boleh lupa semasa kami semua baru je sampai di khemah masing-masing. Masing-masing menunjukkan ekspression muka yang kurang senang dengan keadaan di khemah yang serba kekurangan…contohnya takde kipas, lampu, tilam dan bantal yang selesa untuk berehat. Semua jemaah duduk berasak-asak di dalam khemah dan mencari tempat masing-masing untuk tidur, bersembahyang, makan dan apa jua aktiviti sepanjang berada di Arafah. 

Namun, walaupun setiap jemaah mengalami dan melalui saat yang kurang menyenangkan sepanjang masa di Arafah, tiada siapa pun yang berani membuka mulut untuk membincangkan masalah tersebut secara terbuka…ini lah namanya cabaran dan dugaan untuk mendapatkan haji yang mabrur. Segala kesulitan terpaksa dipendam jauh disudut hati supaya ibadat haji yang dilakukan tidak terbatal kerana masing-masing sedang berihraam dan mematuhi segala pantang larang yang telah ditetapkan. Diantara perkara-perkara yang perlu dihadapi dengan sabar ialah 1-keadaan badan yang melekit kerana tidak mandi, tidak buang air besar kerana orang terlalu ramai menunggu giliran di setiap tandas pada setiap masa, tidak lalu makan kerana menu yang disediakan langsung tidak membuka selera, tidur dalam keadaan panas kerana sentiasa memakai telekung.

No comments:

Post a Comment