Thursday 23 June 2011

Mina

Selepas 12 tengah malam jemaah mula menunggu bas untuk bergerak ke Mina. Bayangkan bagaimana keadaan apabila semua jemaah haji hendaak bergerak serentak. Mereka mesti mengikut giliran untuk menaiki bas. Pada masa inilah Allah nak uji sikap dan tahap kesabaran kita menghadapi cabaran. Dalam buku panduan haji ada disebut perjalanan menuju ke mina ibarat perjalanan kita menuju titian Sirat semasa di akhirat. Ada yang lambat dan ada yang cepat bergantung kepada amalan masing-masing. Keadan pada masa tu memang kecoh dan kelam kabut. Masing-masing nak cepat naik bas dan sampai di Mina.Oleh kerana Wan Harun dah biasa ‘bergaduh’ dengan ketua travel agensi yang lain akhirnya kami dapat menaiki bas dan sampai di Mina dalam pukul 2 pagi. Kami tak tahu apa terjadi kepada sebahagian jemaah Dasree yang menaiki bas yang lagi satu. Kami langsung tak nampak kelibat mereka di Muzdalifah.

Mina. Kedaan khemah di Mina lebih selesa berbanding di Arafah. Khemah yang disediakan lebih besar, ada air cond, lampu, tilam, bantal dan selimut. Kami dapat berehat dan tidur dengan selesa sehingga pagi. Pukul 3.30 pagi umi ke tandas dan giliran nak ke tandas pada waktu tu tak lah terlalu lama kalau nak dibandingkan pada pukul 6 pagi. Umi teruskan kebiasaan bertahajjud, baca Quran dan berzikir. Di dalam khemah ni, kalau nak bersolat terpaksa mencari sedikit ruang untuk sujud kerana masih ramai diantara rakan-rakan yang masih tidur. Terpaksa berhati-hati supaya tidakterpijak kaki atau kepala kawan-kawan.

Selepas solat subuh dan bersarapan kami berhajat untuk pergi melontar Jamratul Aqabah. Kami berpakat pergi bersama-sama. Tidak lama selepas kami berjalan kedengaran satu pengumuman yang ditujukan khusus buat jemaah haji dari Malaysia. Kami dinasihatkan tidak pergi melontar pada pagi itu kerana keadaan di jamrah terlalu sesak dan keadaan sangat merbahaya terutamanya golongan warga emas. Oleh kerana kami tidak berani menanggung risiko, maka kami berpatah balik dan berehat di khemah. Kami akan pergi melontar selepas solat Zohor. Ada juga sebahagian daripada kami yang terus pergi melontar. Sementar itu di khemah, sebahagian jemaah Dasree baru je tiba dari Muzdalifah. Kesian betul kat diaorang sebab dah keletihan menunggu bas sepanjang malam sedangkan kami dah puas berehat. Itu semua memang ujian dan Allah Maha Mengetahui apa yang terjadi.

No comments:

Post a Comment