Thursday 23 June 2011

Ukhwah Haji

Pengalaman sebilik bersama Tok Zainab dari Pondok Haji Bakar, Kedah dan cucunya ,Kak Teh (Zawwal), Kak Hasmah (RTM Kedah) dan anaknya Fatihah, Anis (Manisah), Kak Idah (Perlis) dan Mak Wan member seribu kenangan manis dan pahit untuk dikenang. Umi sebagai jemaah yang agak muda bersama-sama Anis (36 tahun), Fatihah (16 tahun) dan Kak Idah (42 tahun) sering memberi perkhidmatan kepada kawan2 sebilik terutamanya masa makan. Kami akan mengambil makanan dan minuman untuk rakan2 sebilik. Umi akan ambilkan Mak Ngah nasi dan bancuhkan air panas sekali. Sejak Mak Ngah hilang, Mak Ngah tak larat nak ke masjid, solat hanya di dalam bilik sahaja.
Pengalaman membawa  Mak Wan menyempurnakan tawaf umrah di tingkat 2 bersama2 Anis merupakan satu kenangan yang manis. Laluan tawaf di tingkat dua lebih tenang dan kurang sesak berbanding tawaf di Dataaran Kaabah. Tapi kene jalan jauh sikit dan 7 kali pusingan Kaabah mengambil masa 1 jam 40 minit berbanding di dataran lebih kuran 40 ke 50 minit sahaja, tetapi bergantung juga keadaan jemaah ramai atau pun tidak.. Umi rasa angat puas hati sebab dapat buat tawaf sunat dalam keadaan yang tenang dan penuh khusyuk. Zikir dan tahmid tak putus2 di lafazkan memohon keampunan dan keredhaan Allah swt sehingga kadang kala mengalir air mata. Ya Allah engkau terimalah hajiku…bantulah aku Ya Allah untuk mendapatkan Haji yang Mabrur…

1.       Kak Mas dan Abang Radhi. Umi tak betul2 tak sangka akhirnya Kak Mas dan Abg Radhi akhirnya terpilih menjadi tetamu Allah selepas melalui saat genting dan berhabis berpuluh-puluh ribu semata-mata untuk mengerjakan haji. Dugaan Kak Mas dan Abg Radhi memang banyak dan lebih mencabar berbanding kami. Kak Mas dan Abg Radhi merupakan pasangan yang sangat pemurah dan baik hati. Perkenalan kami dengan pasangan suami dan isteri dari Sg Leman, Sekinchan ini banyak mengajar kami agar menjadi insan yang lebih pemurah..

Cuaca di Mekah yang panas terik pada waktu siang menyebabkan ramai jemaah haji yang mengalami kejutan pertukaran cuaca. Ramai diantara kami yang mula mengalami demam, batuk, selsema,. Tak kurang juga ramai yang mula sakit kaki sebab dah mula banyak berjalan samada perjalanan yang agak jauh untuk pergi dan balik dari masjid, mengerjakan tawaf sunat ataupun menyempurnakan saie (ulang-alik 7kali di antara Bukit Safa dan Marwah). Umi sendiri mula rasa tak sedap badan, demam dan batuk. Bekalan ubat-ubatan yang kami bawa sangat membantu untuk memulihkan dan merawat kesakitan kami. Abah pun sama jugak, mula demam dan batuk2. Kalau kami berjalan menuju ke masjid, abah sentiasa menggunakan face-musk sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga.
Disebabkan menjaga kesihatan dan stamina untuk menghadapi wukuf, umi solat di masjid hanya pada waktu subuh sahaja. Pada solat yang lain umi hanya bersembahyang di dalam bilik sahaja. Umi akan turun ke masjid sekitar jam 2.30 hingga 4 pagi. Kalau nak buat tawaf umrah kami turun cepat sikit dalam 12.30 ke 2.30 pagi. Pada masa ini bilangan jemaah yang berada di Masjidil Haram agak berkurangan dan kami selesa sikit nak bertawaf dan bersaie. Lepas siap saie dan bertahalul kami terus tunggu solat subuh. Kalau pergi awal boleh buat solat sunat banyak sikit, baca al-quran, berwirid dan berzikir sementara menunggu masuk waktu subuh.

No comments:

Post a Comment