Thursday 23 June 2011

Ujian Pertama Haji

1.   Hari pertama di Mekah, kami diuji dengan kehilangan Mak Ngah yang turut serta rakan2 sebilik untuk mengerjakan tawaf dan saie umrah. Umi dan abah pergi ke masjid  terlebih dahulu bersama Ustaz Munjir dan kami tak sampai hati mengajak Mak Ngah yang keletihan disebabkan perjalanan yang jauh hampir 2 hari. Umi suruh Mak Ngah berehat dan tidur sementara umi dan abah pergi ke masjid. Namun,  Mak Ngah berhajat juga untuk menyempurnakan rukun umrah pada malam itu juga  mengikut rakan –rakan sebilik kerana tidak sabar2 lagi hendak tengok Kaabah.Tak dapat dibayangkan betapa risaunya kami dengan kehilangan Mak Ngah dengan keadaan hotel yang jauh daripada masjid, kira-kira 750meter. Keadaan lebih merisaukan apabila Mak Ngah tak bawak kad pengenalan jemaah haji dan alamat hotel bersama-sama.Suasana di Masjidil Haram juga pada masa itu terlalu sesak dan padat dengan jemaah haji. Kira-kira 3 juta jemaah haji sudah berada di bumi Mekah sebelum menjelang wukuf pada 9 Zulhijjah, kira2 seminggu lagi dari masa kami sampai. Umi, abah dan Mak Ngah buat haji Tamattu’ walau pun pada masa itu sudah hampir untuk melakukan wukuf dan lebih sesuai untuk melakukan haji Ifrad, namun atas nasihat Ustaz Munjir, ramai diantara kami yang buat haji Tamattu’. Tak kurang juga ramai yang buat haji Ifrad.
2    Semasa kehilangan Mak Ngah, umi dan abah tak putus-putus berdoa, sembahyang hajat, baca yasin semoga Mak Ngah dapat balik semula ke hotel dengan selamat. Abah juga 2 kali ulang alik ke masjid untuk mencari Mak Ngah walaupun jarak yang jauh dan sebenarnya tak tau pun nak cari di mana di sekitar Masjidil-Haram tu, sebab orang dah terlalu ramai. Alhamdulillah, setelah berdoa dan bertawakal kepada Allah, selepas balik dari masjid solat fardu zuhur, umi nampak Mak Ngah tengah makan nasi dengan kawan2 sebilik. Nampak Ok. Rupa2nya Mak Ngah ada inisiatif jumpa dengan orang Tabung Haji dan akhirnya hantar mak ngah balik sampai ke hotel dengan teksi.

No comments:

Post a Comment